Perjumpaan 1/2006
Assalamualaikum sahabat semua
1. Suatu perjumpaan telah diadakan dikalangan sahabat-sahabat yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur pada petang Sabtu 12 aug lalu. Ini merupakan inisiatif sahabat terkanan iaitu Kept Mamu. Sahabat di sekitar Lumut juga telah dijemput. Akan tetapi kerana ketidak upayaan, maka mereka tidak dapat hadir. Mereka yang hadir adalah seperti berikut:
a. Kept Mamu bin Saidalee
b. Kdr Shaharuzaman bin Hj Ahmad
c. Kdr Shamsuddin bin Yusoff
d. Saudara Mohd Akhir bin Mahamood
e. Saudara Ahmad Zamani bin Yang
f. Saudara Zulkifli bin Ibrahim
g. Saudara Sahari bin A. Aziz
h. Saudara Faudzi bin Che Wang
i. Saudara Syed Rusli bin Syed Ibrahim
j. Dan Yang Berusaha
2. Majlis telah diusahakan bersama oleh Kdr Shamsuddin, yang telah menyediakan tempat yang begitu selesa, siap dengan ruang sembahyang berhawa dingin. Makanan dan minuman yang enak juga telah disediakan sepanjang masa dari petang hingga ke malam. Layanan oleh PWP juga sungguh bagus. Ruang Muzik beserta peralatan muzik yang tercanggih juga tiada bandingan dengan Karaoke Lounge yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.
3. Yang hadir juga telah dibawa oleh Kdr Shamsuddin melawat Jeti Pusat Hidrografi Negara beserta 2 Kapal Ronda kepunyaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Sesi bergambar juga telah dilaksanakan menjelang matahari terbenam.
4. Semasa perjumpaan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan seperti berikut:
a. Mengadakan web site.
b. Mengadakan internet group.
c. Merancang perjumpaan di kalangan sahabat-sahabat sebelum bulan Ramadan.
d. Merancang perjumpaan dengan keluarga semasa cuti sekolah hujung tahun di sekitar kawasan antara Lumut-Kuala Lumpur.
5. Web site dan internet group telah disediakan.
6. Bagi memudahkan perancangan, mohon majukan maklumat berikut kepada saya bagi keperluan perhubungan:
a. No Hand Phone, no tel rumah/pejabat.
b. Email address.
7. Mohon hebahkan perkara ini kepada sahabat-sahabat lain, yang telah bersara dari perkhidmatan, jika berjumpa. Juga maklumkan perancangan yang akan dilaksanakan sehingga akhir tahun nanti. Jika sesiapa ada cadangan, jemputan atau berita untuk makluman semua, majukan kepada e-group ini atau ke laman web kita di http://intake25.blogspot.com/
Lawatilah web site tersebut dan kemukakan komen untuk memperbaikinya. Perkembangan lain menyusul.
8. Sekian, wassalam.


No comments:
Post a Comment